Tuesday 31 December 2013

Hieraki Kehidupan Ana 2013

Assalamualaikum, seperti mana yg ana janjikan dlm entri semalam harini ana akan ceritakan kisah rentetan kehidupan ana sepanjang tahun 2013 yg penuh dengan warna-warni suka & duka kehidupan :)


Januari: Bulan januari nih takda bnyk cerita pon maklumlah baru je naik sekolah, bergelar pelajar senior form5 disekolah & tahun nih ana merupakan salah sorang calon SPM 2013 huaa seram sejuk dibuatnya.

Februari:Bulan nih ana starting struggle untuk Formatif Test 1, daripada sini la guru2 akan buat analisa akan prestasi para pelajar sebelum menjelangnya SPM.


Mac: Bulan yg amat menduga kehebatan akal fikiran para pelajar2 dalam menduduki Formatif Test 1 yg telah dilangsungkan. Alhamdulillah bulan nih juga dapat result exam ana just dapat 3A and yg lain2 B and credit and ranking ana dalam sekolah juga meningkat Alhamdulillah target masa ni 5A tapi rezeki itu Allah yg tentukan betol tak.

April: Bulan paling cool and relax haha actually tada relax mana pon sebab SPM semakin lama semakin dekat tapi bulan nih mmg release tenshion jap untuk menempuhi Mid Term Exam. Bulan nih juga ana menyertai perlawanan rugby 15s di SMK USMAN AWANG, sangat puas even penat :)

May: Bulan yg memerlukan struggle yg amat sngt sbb time nih semua dok pulun daripada awal Bab hingga pertengahan Bab.


Jun: Nampak tak gambar kat atas tuh ?? huh bulan yg penuh dugaan+cabara. Bulan ni bulan Mid Term Exam and dalam 4 hari menjawab exam pada hari ke4 ketika pulang dari sekolah ana accident motor berhampiran dgn sekolah ana berpunca drpd kesilapan ana sendiri rasaya,, nasib baik la ramai kwn2 tolong bantu ketika itu darah melimpah-limpah bagai air terjun huhu pegi klinik doctor bg mc 5hari. Bila naik je sekolah ana jwb semula paper yg tertinggal tapi malangnya 1paper ana tak dpt ambil iaitu Pendidikan Islam arghh totally stress. Ana just redha je time tuh :'( . Pada bulan nih juga berlangsungnya sukan tahunan yeayy :) ana masok 2 acara iaitu lontar peluru+rejam lembing and ana jadi ketua kawad kaki rumah sukan huhu comander lagi beb *hee Alhamdulillah ana menang acara lontar peluru :) terubat la juga kekecewaan exam and now still tunggu result mid term huh .


Julai: Bulan yg penuh kekecewaan apabila ana mendapat keputusan yg agak+totally teruk time mid term exam, until ramai guru2 datang mencari ana dan mereka semua tanya soalan yg sama "Syazwan awat result awak menurun mendadak?? awak ada masalah ke?? awk nih kenapa syazwan, awk dah menghancurkan harapan guru2 awak TAU TAKK??" Allahurabbi sesungguhnya aku tidak menyangka perkara seperti ini berlaku keputusan ana amat teruk sekali sehinggakan ranking ana di sekolah jatuh until 70++ *taknak ckp la mmg totally teruk* . Bila guru2 tanya mcm tuh air mata mula bergelinang dikelopak mata & airmata kekecewaan ana mula jatuh serius sampai 2minggu kot ana still terkenangkan hal nih :'(

Ogos: Revenge month oitt hangpa jgn salah faham ana nak balas dendam pasal result mid term ana,, ana dah bertekad utk bangkit dari kemunduran tersebut dalam Trial SPM yg bakal menyusul pada bulan september. Kali ana pulun habis2 dan ana jumpa para murabbi utk memberikan ana tunjuk ajar and tips2.


September: Bermulalah episod Trial SPM huhu Alhamdulillah ana dok tau kenapa ana rasa tenang ketika menjawab sejujurnya ana tak pernah rasa perasaan sepeti ini time exam huh. Bila lepas je exam ana Tawakkal kpd Allah swt .


Oktober: Alhamdulillah syukran Ya Rabb hasil daripada Trial bulan lepas ana dapat 4A iaitu BM,BI,PI and SEJ. Tepat pada sasaran ana and dpt je result balik rumah terus tunjuk kpd ibu ana and my mom speechless+crying ibu ana ckp time tuh "Anakku ini rezeki Allah yg bagi bila kita buat yg terbaik InsyaAllah Allah bg yg terbaik" ibu ana terus memeluk ana & airmata ana jatuh kebahu ibu Allahuakhbar. Ayah pula beri ucapan tahnih+kata2 semangat begitu juga dengan kakak2&sahabat2 ana :')


November: This is The WAR time tibalah masa ana mengambil SPM bermula pada 6nov,,before that ada majlis mhon restu sejujurnya airmata tak henti2 mengalir dari seorang ke seorang murabbi ana menitiskan airmata terima kasih+perpisahan dengan mereka. SPM Alhamdulillah pada mulanya amat gugup+seram sejuk sebelum masuk ke dewan exam but bila time jawab tuh tiba2 ana rasa seperti mana ana rasa ketika perasaan ingin menjawab Trial tempoh hari Allahurabbi ana rasa sungguh bersyukur dengan ketenangan yg Allah beri :)



Desimber: Bulan nih genap 2dis ana telah tamat exam SPM and paper last is my favourite subject iaitu Ekonomi Asas Alhamdulillah sudah selesai akhirnya :). Bulan ni juga ana bersama sahabat baik ana Afifudin Omar kami pergi ke marata-rata tempat utk mencari peluang pekerjaan and finally kami dpt even tempat kerja kami berlainan yg penting kami ingin cari pengalaman kini ana di kedai ayamas area Bandar Baru Uda dekat dgn Mydin manakala sahabat ana di Imano's Cafe di Plaza Angsana :)

Okay selesai sudah rentetan Hieraki kehidupan ana tau tak Hieraki tuh apa?? haha hieraki itu lapisan demi lapisan kehidupan ana la, ana harap kita dapat menyambut tahun baru 2014 ini bukan dengan cara pergi clubbing, merempit, enjoy dan sebagainya ingat islam ada ajar cara2 menyambut tahun baru iaitu buat solat sunat syukur, hajat dan lain2 supaya kita dpt melahirkan sebuah rohani yg suci & secara tidak langsung dpt memperbaiki segala kelemahan diri .

Sekian Wassalam~

Akal , Ilmu , Hati

Monday 30 December 2013

Kesungguhan Muslim Memanfaatkan Masa




Assalamualaikum, Harini ana nak bincangkan tajuk berkaitan dengan masa sebelum tuh ana nak nyanyi sikit lagu kumpulan raihan ehemm..ehemm
Demi masa,
Sesungguhnya manusia kerugian,
Melainkan
Yang beriman&beramal soleh...

Okay actually kalau kalian semua nak tahu lirik lagu nih 100% diambil oleh surah al-asr yg bermaksud (demi masa) . Kewajipan yg pertama keatas insan Muslim ialah memelihara waktu sebagaimana ia memelihara hartanya bahkan lebih dari itu, ia hendaklah bersungguh-seungguh mengambil faedah dripada masa iaitu melakukan sesuatu yg bermanfaat utk agama&dunianya dan menyuburkan roh yg material.
   Golongan salaf adalah di kalangan mereka yg paling menghargai masa kerana mereka adalah kalangan org yg paling mengerti nilai waktu.
Hasan al-Basri pernah berkata:"Aku pernah sezaman dengan satu kaum yg sengat menghargai masa mereka lebih daripada kamu yg lebih menghargai dirham&dinar (harta benda) kamu."

Jelaskan disini bahawa mereka memakmurkan masa mereka dengan amalan yg bermanfaat & tidak mengsia-siakan masa.
Umar Abdul Aziz pernah berkata: "Sesungguhnya malam&siang bekerja bersamamu, maka beramallah kamu dengannya." 
Masa adalah ibarat mata pedang. Sekiranya anda tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu. Mereka sentiasa meningkatkan kualiti masa mereka dari satu tahap ke satu tahap yg lebih tinggi. Untuk itu mereka mengatakan: "Sesiapa yg hari-harinya seumpama hari kelmarinnya maka ia telah terpedaya; sesiapa yg harinya lebih tercela daripada semalamnya maka ia akan dilaknat." 

Ibn Mas'ud Radiallahu'anhu mengatakan: "Aku tidak menyesali akan sesuatu lebih dari sesalanku pada suatu hari yg terbenamnya matahari sedangkan ajalku semakin mengurang tetapi amalanku tidak bertambah." Ahli bijaksana ada mengatakan: "Siapa yg harinya berlalu tanpa ia melakukan perkara yg benar, menunaikan kefardhuan, mendirikan pasak kemuliaan atau menghasilkannya, mengasaskan kebajikan, menimba ilmu maka ia telah derhaka kepada harinya atau zalim pada dirinya."

Okay rasanya setakat sini sahaja perkongsian ana ya, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur esok ana akan update entri kisah rentetan perjalanan hidup ana sepanjang tahun 2013 ini. Moga2 kalian dapat ambil kaifiat akan masa ya sebenarnya bnyk lagi kalau nak dihuraikan berkaitan masa tapi masa mencemburi kita lain kali ana update entri berkaitan masa lagi ya.

Sekian Ma'assalamah Wa Ilalliqo' .

Akal , Ilmu , Hati






Sunday 29 December 2013

Lebih Rela Dipanggil Kolot Atau Jahil ??

Assalamualaikum , harini ana mau berkongsi cerita berdasarkan pengalaman sendiri . Ana dapat lihat ramai sahabat2 ana yang ingin berhijrah namun mereka sering dibebani dengan isu persoalan seperti berikut (tajuk harini) . Aigoo rasa sedih+kesian pon ada kat mereka sampaikan ada dikalangan mereka yang rasa geram mcm gambo yg kat ats tuh huh . Tapi no wonder one day mereka yang berkata seperti itu juga akan turut sama ikut berubah seperti kalian yang penting sama2lah kita doakan yg terbaik ya . Ehh hangpa lebih takut dengan cacian manusia atau azab Allah ?? hangpa baik pilih yg mana satu huh cacian manusia nih kejap je beb lambat laun mereka akan penat juga nak mencaci maki ni biasalah mulut manusia kan kalau mulut tempaian bole la juga kita tutup . Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Barangsiapa yg bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah akan menerima taubatnya." (Riwayat Muslim) see kalau hangpa dah berubah teruskan lagi penghijrahan hangpa tuh just ignore je apa yg orang sekeliling nak cakap ya .

Nauzubillahiminzalik jangan sampai jadi lagu ni sudah la .

Ehh mereka nak habak mai hang kolot ke tak uptodate ke biarlah yang penting kita sedar siapa diri kita dan pada masa yg sama kita sudah Istiqamah utk berhijrah yang penting hangpa ikut syariat islam , jangan sampai orang habak mai kita jahil tak ikut cara hidup islam Dangerous tuh huhu. Tapi ingatalah bila kita dah berubah jangalah hangpa nak riak ke apa hangpa kenalah tunjuk teladan yg baik buat mereka supaya mereka dpt tahu bahawasanya Islam Itu Indah. Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Daripada keimanan iu terpancarnya hal-hal kebaikan." (Riwayat Bukhari) . Yang penting lepas berhijrah kita kena salalu muhasabah diri kita untuk menjadi insan yg lebih baik dari semasa ke semasa .

Ingat & pegang kata2 ini ya :)

Sekian Wassalam ~

Akal , Ilmu , Hati





Saturday 28 December 2013

Berdakwah Kerana ALLAH atau Sebaliknya ??

Assalamualaikum , hangpa semua dah solat maghrib kaa ? Ehh mesti dah punya sahabat2 ana disini mesti solat tepat pada waktunya betul tak :) . Okay hari ini ana ingin berkongsi cerita, pendapat, persoalan dan sebagainya hopefully kita dapat perbaiki segala kelemahan diri kita ya . Nowadays ana banyak lihat sahabat-sahabat ana giat berdakwah melalui media sosial mahupun secara terus Alhamdulillah teruskanlah legasi yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah ini yang penting never give up contohilah kisah Nabi Nuh selama 950tahun beliau berdakwah namun hanya 10orang sahaja yang menerima dakwahnya , nampak tak sedangkan Nabi yang bersifat maksum pun menerima tamparan hebat apatah lagi kita ni hanya manusia biasa .

Anggap ini sebagai pembakar semangat jihad kalian .

Okay sometimes ana rasa musykil juga ana ada juga menerima bisikan daripada orang ramai yang mengatakan ada segelintir pendakwah berlagak seperti mempunyai ilmu kerana mereka inginkan publisiti semata-mata , ALLAHURABBI mengucap panjang ana namun apakan daya ana tak terdaya untuk mempertikaikannya kerana ana masih belum bersedia untuk melontarkan pendapat atau solusi ana pada ketika itu dan hari ini ana sudah bersedia untuk memperkatakannya . Wahai para mujahid & mujahidah yang ana kasihi ingatlah sahabat Tajdid Niat kita InsyaAllah akan berjaya .

Kita manusia biasa .

Antara ciri2 dakwah islam ialah :

PERTAMA : RABBANIYYAH

Dakwah yang rabbani adalah dakwah yang berorientasi kepada Tuhan. Rabbani bererti segala aktiviti dakwah Islam mestilah merujuk kepada Allah sebagai ‘Rabb’.

‘Minhaj’ dan matlamat mestilah dikembalikan kepada Allah swt. Beberapa petunjuk yang dapat dijelaskan disini adalah ciri dakwah rabbani bererti mereka yang terlibat dalam dakwah perlulah melakukan proses belajar dan mengajar.

Pendukung dakwah rabbani mestilah memiliki sifat :

a.       Tidak lemah.
b.      Tidak bersedih hati.
c.       Tidak cinta dunia.
d.      Tidak takut mati.
e.       Berani dan sedia berhadapan dengan siapapun.

Dakwah rabbani juga menjunjung tinggi proses syura yang merujuk kepada :

1.      Allah sebagai sumber pengambilan.
2.      Rasul sebagai contoh ikutan.
3.      ‘Ulil amri’ pelaksana sistem dan peraturan.

Dakwah rabbani juga mengambil aqidah dan tauhid sebagai sesuatu yang utama. Selain itu ia juga mewarnai akhlak Islamiyah, ukhuwah Islamiyah dan jihad yang juga merupakan sebahagian dari ciri dakwah rabbani.

Dakwah rabbani juga memberikan penumpuan kepada tarbiyah ‘takwiniyah’ dalam membentuk aktivis dakwah dan kemudiannya menurunkan mereka ke dalam masyarakat melalui ketokohan, kepakaran dan kebersamaan mereka.
KEDUA : ISLAM SEBELUM JAMAAH

Islam mengajak dan menyeru kepada persatuan dan bukan perpecahan. Di antara penyebab kepada perpecahan adalah ta’asub dengan jamaah atau kumpulan.
Allah swt berfirman dengan melarang kita berpecah belah dan berbangga-bangga dengan kumpulan, tetapi Allah swt menyuruh kita bersatu di dalam Islam melalui aqidah Islamiyah dan berpegang dengan tali Allah.

Konsep Islam sebelum jamaah bukan bererti menafikan peranan jamaah atau tidak memerlukan jamaah atau kumpulan.

Kenyataan ini adalah usaha untuk meluruskan dan mendahulukan Islam dari jamaah sehingga mengenal Islam dan kesedaran terhadap Islam adalah suatu keutamaan yang kemudiannya dapat menerima peranan jamaah setelah wujudnya kesedaran Islam.

Hal ini akan membentuk sikap kepada peribadi untuk menerima semua golongan atau mahu berdakwah kepada semua golongan sehingga memudahkan munculnya dakwah “ustaziyatul ‘alam” (pelopor dunia).

Pendedahan terhadap jamaah diberikan setelah kesedaran ‘mad’u’ kepada Islam sehingga penerimaan jamaah dilakukan dengan cara yang baik.

Sikap kepada jamaah sebagai wasilah dan bukan satu-satunya tujuan adalah cukup penting walaupun jamaah digunakan untuk membawa dakwah Islamiyah.

Pendekatan Islamiyah juga bererti kita menceritakan bagaimanakah semestinya sikap kita sebagai seorang muslim dengan dakwah Islamiyah yang akan membentuk syakhshiyah Islamiyah.

Siapakah yang akan melaksanakan dakwah ini?

Jawabannya adalah ‘jamaah’.

Menyebarkan fikrah mengenai ciri-ciri dakwah Islam adalah usaha untuk mengajak manusia ke dalam jamaah setelah mereka memerlukan atau memahami kepentingannya.

KETIGA : LENGKAP TANPA TERPISAH-PISAH

Dakwah Islam adalah sesuai dengan nilai Islam sehingga dakwah Islam mestilah bersifat‘syamilah’ (sempurna) dan tidak boleh bersifat ‘juz’iyyah’ (terpisah-pisah).

Sempurna dari segi program, aktiviti, tujuan dan minhaj. Dakwah yang sempurna juga mencakupi bidang tarbiyah, dakwah, sosial, budaya, politik, ekonomi, pertahanan dan keamanan.

Aspek ini perlu dibicarakan oleh dakwah. Tanpa membahas masalah ini atau hanya membahas masalah dakwah semata-mata maka dakwah seperti itu adalah masih bersifat‘juziyyah’.

Dakwah yang sempurna juga menekankan peranan dan aktiviti dakwah yang membahas tentang masyarakat dan keahlian juga bertumpu kepada jihad dan tertegaknya syariat.

Dakwah yang sempurna juga berperanan di dalam membangun masyarakat melalui potensi dirinya.

Kefahaman terhadap dakwah yang sempurna ini akan membuka pemikiran aktivis dakwah betapa perlunya dakwah dan agar Islam dapat diterima oleh masyarakat.

Penerimaan aktivis dakwah oleh masyarakat sudah tentu mempunyai beberapa ciri misalnya kerana ketokohan, status, kemampuan, kepakaran dan sebagainya. Untuk mencapai ciri-ciri ini maka mulai dari sekarang, jamaah dan dakwah perlu memikirkan dan bergerak dalam berbagai bidang.

KEEMPAT : KONTEMPORARI DAN TIDAK MENGIKUT TANPA USUL PERIKSA

Dakwah ini bersifat ‘mu’asirah’ (kontemporari) dan tidak ‘taqlidiyah’ (mengikut tanpa usul periksa).

Pendekatan dakwah secara ‘minhaj’ mestilah mengikuti keasliannya iaitu Al Qur’an dan As Sunnah walaupun ada yang menyebutkan bahwa pendekatan ini adalah ‘taqlidiyah’ tetapi secara uslub seperti wasilah dan strategi, ia mestilah canggih dan mengikuti perkembangan semasa.

Pendekatan kontemporari bererti mengambil situasi dan keadaan, peristiwa, sikap, keperluan dan kemudian dikaitkan dengan sasaran. Contoh yang nyata misalnya pendekatan dakwah melalui ‘internet’, menggunakan ‘power point’ dan sebagainya.

Dakwah kontemporari juga menggunakan pendekatan semasa seperti parti, pilihanraya dan sebagainya. Dalam isu peperangan, ia juga dilakukan dengan senjata yang canggih bukan dengan panah atau pisau, begitu juga kenderaan bukan lagi menggunakan kuda atau unta.

Pendekatan ‘taqlidiyah’ adalah pendekatan lama yang tidak memperhatikan perkembangan zaman dan merujuk secara membuta tuli kepada sesuatu yang lama dan mungkin tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang.

Sikap ‘taqlid’ juga muncul kerana kurangnya pengetahuan sehingga mengikuti sesuatu tanpa kefahaman yang jelas atau melaksanakan sesuatu tanpa ilmu.

KELIMA : SESUAI UNTUK SEMUA TEMPAT DAN BERSIFAT SEJAGAT

Dakwah Islam adalah sesuai dengan nilai Islam sejagat. Islam adalah agama untuk semua manusia dan juga rahmat bagi seluruh alam.

Kehadiran Islam adalah untuk manfaat dunia dan juga untuk kebahagiaan makhluk, khususnya manusia.

Dakwah yang bersifat global dan bertaraf dunia adalah ciri dakwah Islam, maka oleh kerana itulah dakwah dan jamaah juga mestilah bertaraf antarabangsa.
Umat Islam ada di setiap penjuru dunia maka dakwah dan jamaah pun perlu ada di penjuru tersebut.

Tanzim dan jamaah di setiap negara mestilah juga berkaitan dengan tanzim yang ada di luar negara dan menyatu di dalam kekuatan dakwah Islam.

Walaupun dakwah adalah bersifat antarabangsa tetapi dari segi operasinya adalah bersifat tempatan. Tempat di mana kita berada, berdiri dan menginjakkan kaki itulah sebagai tempat dakwah kita, tetapi secara fikrah dan hubungan mestilah bertaraf antarabangsa. Dengan yang demikian, kerjasama dan kesatuan umat akan dapat diwujudkan.

Suatu kenyataan yang tidak dapat disangkal bahwa kita menghadapi musuh Islam yang bersifat antarabangsa dan mereka pun bersatu untuk melawan kita dan menghancurkan secara berkumpulan dari berbagai arah di dunia ini.

Keadaan yang demikian juga menuntut kita untuk melakukan dakwah secara sejagat di mana  selain bagi menghadapi musuh bersama, ia juga untuk menegakkan syari’ah.

Tuntutan dunia ke arah globalisasi juga akan membawa dakwah Islam dilaksanakan secara  global, terbuka dan sejagat.



KEENAM :  PENDEKATAN BERDASARKAN KEILMUAN

Dakwah yang Islami adalah dakwah yang berjalan melalui pendekatan berdasarkan keilmuan sehingga muncul kesedaran Islam.

Pendekatan kuliah, ceramah, perbincangan, latihan adalah sebahagian usaha pendekatan dakwah secara ‘ilmiyah’.

Tanpa pendekatan ‘ilmiyah’, maka dakwah akan diikuti oleh mereka yang taqlid, jahil, tidak sedar dan ikut-ikutan sehingga akan membahayakan jamaah itu sendiri.

Allah swt melalui firmanNya di dalam Al Qur’an atau Nabi Muhammad saw melalui sabdanya di dalam hadits sentiasa menekankan ilmu dan cara pendekatan Al Qur’an dan Al Hadits dengan cara ‘ilmiyah’ iaitu usaha menyedarkan Islam bukan memaksa dan juga bukan memberikan tekanan. Masalah tekanan dan paksaan adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Pendekatan ‘ilmiyah’ ini mengajak manusia berfikir dan mengerjakan amalan Islam secara bertahap mengikuti kefahaman dan kesedaran. Cara yang demikian akan menghasilkan suatu kesan yang sangat efektif  dalam membentuk kesedaran Islam.

KETUJUH : KETERANGAN DAN BUKTI ISLAM YANG NYATA

Keterangan yang nyata dengan bukti yang jelas dan benar adalah sifat Islam. Dakwah mestilah sentiasa meletakkan asas ‘minhaj’ dan programnya kepada Islam.
Dalil-dalil, rujukan dan panduan dari Islam adalah ciri dakwah Islam dan bukannya ‘minhaj’yang berasal dari luar Islam.

Keadaan yang kadang-kadang boleh menipu adalah keadaan orang Barat yang sudah maju dan mengeluarkan banyak produknya misalnya masalah pengurusan. Hal ini boleh mempengaruhi kita untuk memakai teori-teori itu tanpa dipilih atau disaring menurut Islam.

Pengurusan Barat berbeza dengan pengurusan Islam. Penerapan pengurusan Barat ke dalam dakwah dan Jamaah Islamiyah adalah suatu yang keliru atau akan menghancurkan dakwah itu sendiri. Hal ini adalah suatu bukti dari dakwah yang tidak berdasarkan penelitian secara Islam.

Masalah yang berkaitan dengan dugaan atau pengalaman yang terbatas juga akan menghalang sikap kepada bukti dan keterangan Islam. Oleh kerana itu, perlu rujukan yang kuat kepada Islam sehingga Islam akan mewarnai seluruh gerak dakwah kita.

KELAPAN : KEKEBALAN DAN BENTENG ISLAM

Dakwah Islam perlu mempunyai ciri-ciri kekebalan atau benteng kepada Islam.

Untuk mencapai ini maka dakwah mestilah berorientasi kepada pencapaian :

a.       Penguasaan teori.
b.       Penguasaan maknawi.
c.        Penguasaan amal.

Penguasaan teori ini dicapai apabila peribadi yang didakwahkan itu diberi bekalan dengan pengenalan kepada prinsip Islam seperti rukun Islam, rukun iman dan prinsip lainnya.

Selain itu juga mereka perlu diberi pengenalan kepada fikrah dan pengenalan minhaj.

Ketiga-tiga pengenalan ini dilakukan agar ia mampu mencapai penguasaan teori.

Penguasaan maknawi dicapai dengan cara menumbuhkan sesuatu melalui latihan, amalan dan aplikasi iaitu kehendak yang kuat.

Sasaran ini boleh dicapai dengan mengamalkan konsep yang sudah difahami dalam bentuk amal, biasanya dalam bentuk latihan, tugas dan program bersama yang dilakukan.

Sedangkan penguasaan amal pula dicapai dengan gerakan yang terus-menerus dan semangat pengorbanan.

KESEMBILAN : PERUBAHAN BERTAHAP DAN TIDAK MENDADAK

Perubahan yang dikehendaki oleh dakwah adalah perubahan yang bertahap di dalam proses yang dikehendaki untuk mencapai sasaran yang ditentukan.
Perubahan ini bukanlah secara mendadak dan asal berubah semata-mata tetapi lebih kepada perubahan yang bertahap mengikuti kemampuan, kefahaman, dan tingkatan seseorang‘mad’u’ tersebut.

Dengan perubahan yang demikian maka ianya mampu menghasilkan peribadi yang berbeza dan mempunyai semangat yang kuat.

Dengan ciri-ciri dakwah tersebut, ia akan dapat menjelaskan bagaimana dakwah dan Jamaah Islamiyah yang sebenarnya.

Penggambaran ciri dakwah ini juga akan membentuk suatu fikrah dan kesedaran bagaimana dakwah yang baik, benar dan perlu diikuti.

Persaingan antara dakwah dan Jamaah Islamiyah serta berbagai persoalan yang berkaitan dengan jamaah dapat dijawab dengan memahami ciri-ciri khusus dakwah Islamiyah.

Berbagai bentuk ciri-ciri ini ada yang berkaitan dengan program, sasaran, sifat, aktiviti dan proses perjalanan dakwah. Penggambaran ciri dakwah ini hanyalah sebahagian sahaja tetapi semuanya merupakan bahagian dari sifat dan ciri Islam itu sendiri.

Akhirnya marilah kita melihat apakah ciri-ciri fikrah Ikhwanul Muslimin yang dikumandangkan oleh Imam Hasan Al Banna :

“Wahai sekalian manusia, kami adalah pemikiran dan aqidah, sistem dan minhaj yang :

1.      Tidak dibatasi oleh tempat.
2.      Tidak diikat oleh jenis suku bangsa.
3.      Tidak terhalang oleh batasan geografi.
4.      Tidak berhenti hingga Allah mewarisi bumi beserta segala isinya.

Yang demikian itu kerana ia adalah sistem Tuhan semesta alam dan manhaj Rasulnya yang dipercayai.”

“Wahai sekalian manusia, tanpa membanggakan diri, kami adalah :

a.      Pengikut setia Rasulullah saw.
b.      Pembawa benderanya setelah ketiadaan baginda.
c.       Penegak panjinya sebagaimana para sahabat menegakkannya.
d.      Pengibar benderanya sebagaimana mereka mengibarkannya.
e.       Penjaga Al Qur’annya sebagaimana mereka menjaganya.
f.       Penyebar dakwahnya sebagaimana mereka menyebarkannya.

Kami inilah rahmat Allah untuk seluruh alam.

“Dan sungguh engkau pasti mengetahui (kebenaran) berita Al Qur’an setelah beberapa waktu lagi.” (QS Shaad : 88)

“Barangsiapa mengikuti kami hari ini, maka ia beruntung sebagai pendahulu. Dan, orang-orang yang ikhlas (mukhlisin) yang enggan bersama kami hari ini, maka ia akan bersama kami esok hari. Namun  yang lebih dahulu tentu lebih utama.

Sedangkan, barangsiapa yang benci pada dakwah kami, samada kerana :

1.      Merasa tidak perlu.
2.      Menghinanya.
3.      Meremehkannya.
4.      Tidak mempunyai harapan akan mendapat kemenangan.

Maka, perjalanan hari akan membuktikan kesalahannya dan Allah swt akan melontar kebenaran kami pada kebatilannya hingga dapat mengalahkannya, maka lenyaplah kebatilan tersebut.”

“Marilah bersama kami, wahai para aktivis dakwah dan para mujahid yang ikhlas. Di sinilah jalan yang lurus, maka janganlah engkau pecah-pecahkan kekuatan dan kesungguhanmu hingga ianya hilang.”

“Dan sesungguhnya, inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertaqwa.” (QS Al Anaam : 153)

Baiklah semoga kita semua dapat menjadi seorang pendakwah yang baik dari semasa ke semasa , berusahalah memperbaiki cara penyampaian kita bersama ya .

Tak mau sombong tak mau riak naa kita low profile sudaa :) 
Sekian Ma'assalamah Wa Ilalliqo .

Akal , Ilmu , Hati .





Tuesday 24 December 2013

Rezeki Allah Alhamdulillah Ya Rabb

Assalamualaikum , Alhamdulillah jantungku masih berdegup itu tandanya Allah still mengizinkan aku untuk hidup supaya aku dpt memperbaiki segala kelemahan diri hambanya yg kerdil lagi tidak sempurna ini . Harini aku telah membuat satu keputusan yg drastik untuk membina 2lagi rangkaian media sosial iaitu ask.fm and twitter Alhamdulillah aku buat nih pon sebab dpt feedback yg ramai drpd para sahabat2ku dan i think dengan adanya media sosial seperti FB , Twitter , Ask.fm and Blog , ini merupakan satu oppurtunity aku utk terus menerus meluaskan legasi dakwahku InsyaAllah korang semua doakanlah yg terbaik buat insan yg kerdil lagi tidak sempurna ini supaya aku dapat menyambung legasi yg telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw . Ehh btw aku nak share sikit ni https://twitter.com/akhisyazwan96 ok ini twitter aku and yg ni ask.fm aku http://ask.fm/akhimuhammadsyazwan kalau ada apa2 yg kalian ingin tanya silakan aku akan menjawabnya InsyaAllah .

Inilah tempat kerjaku ,, Tajdid niat supaya ikhlas , jujur & amanah dlm bekerja .



Okay back to the topic Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Azalwajalla kerana petang tadi aku menerima panggilan daripada pihak ayamas ,, dan aku diberitahu bahawa esok mula temuduga InsyaAllah lusa dah boleh mula bekerja . Alhamdulillah sekian lama aku mencari kerja harini rezeki aku , tak sia2 aku berusaha untuk mencarinya dan aku harap inilah peluang aku untuk aku manfaatkan masa yg terluang nih dengan bekerja sambil menunggu result SPM keluar huaaaa . Aku harap korang semua doakan yg terbaik utk aku esok ye :) doa antum semua amatlah ana hargai . Esok kena pakai smart2 nih nak pegi temuduga hehe , ok la aku rasa stakat ini je kot entri aku hee InsyaAllah even aku kerja nanti dakwah aku takkan lupa nanti aku akan update juga blog ni ye jgn rindu aku lebih2 tau *mamat perasan* .

Sekian Wassalam ~

Akal , Ilmu , Hati

Thursday 19 December 2013

PMR yang terakhir

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah kerana beliau aku masih bole menaip , kerana Allah aku masih hidup pada harini :) . Alhamdulillah harini 19.12.13 merupakan tarikh keramat bagi adik2ku batch98 dapat result PMR , tadi aku sempat datang ke sekolah untuk melihat gelagat2 adik2ku ketika mendapat result , mujurlah takde yg terpengsan :P . Sampai je sekolah cikgu2 tanya "syazwan awk buat ape datang sekolah ?? nak kata awk ambil result adik awk , awk takde adik  hurmm .... and me "saya saja2 je cikgu datang nak tgok adik2 batch98 ni , kan tahun ni last PMR :) , cikgu "ohh kiranya nak bagi semangat kat diorang la nih , bagus2 :) . Haha see cikgu2 pon pelik knape aku dtg skola , maklumlah aku kan dah habis sekolah so cikgu2 semua jadi pelik la . Alhamdulillah result semua agak baik2 belaka , and for your informations this year adalah last year PMR and after this adik2 yg lahir selepas 1998 takkan merasa lagi nak ambil PMR sebab sistem pembelajaran korang semua dah lain dan susah , huhu . Takde ape yg perlu aku membebel lagi jom tgok gammbar2 yg sempat dirakamkan :) .

Bersama adik2 junior dari kiri : shahrul iman , afiq aiman , me and danial

Bersama segerombolan adik2 yg berebut2 nak amek gambo dengan senior dia ni :P

Pada saat2 puan pengetua ingin mengumumkan keputusan . 

Inilah gelagat2 junior2ku InsyaAllah adik2 abang wan akan doakan korang berjaya bukan sekadar didunia malah diakhirat juga , ingat wahai adik2ku , "yg pipih tidak datang melayang yg bulat tidak datang bergolek" ingatlah usaha tangga kejayaan jika ingin berjaya buatlah bersungguh-sungguh jgn malas sifat malas tuh hasutan syaitan dan orang islam yg berjaya adalah org islam yg rajin berusaha . Bagi adik2 yg dpt result kurang memuaskan tuh abang just nak cakap anggaplah ia sebagai batu loncatan utk kita memmperbaiki segala kelemahan diri :) .

Siti Zulaikha Binti Abd Rahman pelajar 9A MAAHAD MUAR :)

Alhamdulillah ini lagi sorang adik aku *adik ke muka mcm akak2 hehe :p* dia nih kwn aku duduk kat batu pahat and study dekat maahad muar Alahamdulillah diberitakan sebentar tadi dia merupakan salah sorang daripada 98orang pelajar yg dapat straight A di maahad muar . Rezeki kau dekk oii , ingat ye this is your first step ada lagi penting yg bakal menanti namun aku percaya kau bole lakukannya yg penting kena rajin usaha yaww jgn malas2 *tahu la brutal* . Ape2 pon korang semua ini ayat2 terakhir daripada abang senior korang nih haha "MAN JADDA WAJADA" (siapa berusaha dia berjaya) INSYAALLAH AMIN...

Hopefully kalian semua enjoy ~

Sekian Wassalam ~

Akal , Ilmu , Hati




Sunday 15 December 2013

Istiqamah Memperbaiki Kelemahan Diriku

Assalamualaikum , 14.12,13 adalah hari yg paling menyedihkan buat aku kerana aku terpaksa cencelkan segala program yg sepatutnya aku lakukan pada hari tersebut dek kerana aral melintang yg tidak dpt nak dielakkan . Subhanallah pada ketika ini aku merasakan aku seperti seorang insan yg berhak dilabelkan sebagai "munafik" , hanya Allah jela yg tahu perasaan aku ketika itu Even aku dah minta maaf dengan ukhti tersebut kerana aku tidak dpt hadir kerumahnya namun perasaan bersalah dan rasa berdosa still terbuku dlm dada nih until today beb --' , rasa tak senang duduk dibuatnya . Tapi Alhamdulillah kerana si ukhti tersebut memahami keadaan family aku ketika itu , credit to *Siti Zulaikha Ab Rahman" kerana beliau amat memahami btw rasa bersalah still ada beb walaupun dia dan keluarganya dah maafkan dan faham akan situasi tersebut .

Maybe ini juga merupakan faktornya . Allahurabbi ..

"Syazwan kenapa kau tak manage jadual kau dengan perfect ?? Kenapa kau tak planning sesuatu perkara dengan perfect?? " yeah inilah antara soalan2 yg always bermain di kotak fikiran aku pada ketika ini , sejujurnya bulan disember thn ni aku terasa busy yg amat sehinggakan aku tak dpt manage jadual aku dengan baik and akhirnya nih la padahnya yg aku dapat . Ya Allah aku manusia biasa yg tak dpt lari daripada melakukan sebarang kesilapan , "I'm not perfect" . InsyaAllah hopefully after this case aku dpt memperbaiki segala kelemahan diri sebagai seorang manusia walaupun diri ini tidak sempurna tetapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang insan yg lebih berguna dari semasa ke semasa ,, AMIN... Doa antum semua amatlah dihargai semoga kita dpt bersama-sama muhasabah diri ye :)

The past is past :)

Sekian Wassalam ~

- Akal , Ilmu , Hati

Monday 9 December 2013

Sukan Menurut Islam

Assalamualaikum , huh harini amatlah bosan yang teramat sangat --' , berat badan pon dah makin bertambah nih huhu serius rindu sangat2 beb nak kembali aktif dalam sukan beb lagi2 sukan kegemaranku daripada dulu hingga kini Ragbi . Woo relaks la dengor je mcm ganas ala2 nak pegi bertinju actually tak pun *hee nak kata ganas pon takde la ganas sangat cuma kena ada strategi dlm permainan and teamwork merupakan tunjang utama , rasanya dah dekat 6bulan jugak tak main ragbi *rindu kembali bertaut beb* dah lame tak jumpa geng2 seperjuangan , dah lama dah tak turun padang pegang bola ragbi and dah lama tak kena marah dengan coach *hee . Niat dihati memang nak kembali aktif namun masih ada bnyk perkara yg perlu aku settlekan dlm bulan 12 nih , InsyaAllah geng nanti kita jumpa ye :) .

Miss rugby

Beb korang nak tahu tak dalam islam pon kita digalakkan untuk bersukan selagi mana sukan yg kita ceburi itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada kita . Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : "Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah" (Hadis riwayat Muslim) , Hadis ini jelas memperlihatkan betapa Rasulullah SAW menitik beratkan kesihatan agar terhindar daripada penyakit yg merbahaya & memudaratkan umpanya jantung,strok,darah tinggi,diabetes dan sebagainya. See islam tuh indahkan ..... SEMESTINYA!! :) now tak kiralah korang nak main sukan apa sekalipun asalkan tak memudaratkan kesihatan , eemmm ada tak sukan congkak beregu?? *hee . Apa kata cuti2 nih kita semua kembali aktiv untuk kekal segar dan sihat sentiasa , agak2 lepas solat subuh tuh dalam pukul 7pagi jom la ringankan kaki untuk pergi berjoging ye jaganlah asyik2 dok ngadap facebook,twitter and blog je memanjang *hee sama2lah kita memperbaiki penampilan diri okay .


let's do it :)

Sekian Wassalam ~

- Akal , Ilmu , Hati





Sunday 8 December 2013

Masih Belum Sempurna

Assalamualaikum . Alahamdulillah Allah swt memberikan aku peluang untuk terus bernafas di muka buminya ini syukran Ya Rabb sbb dengan peluang yg telah engkau berikan kpdku aku dapat mentarbiahkan diriku ini supaya dpt menjadi insan yg sentiasa beristiqamah dlm melakukan kebaikan . Back to the topic "Masih Belum Sempurna" hal ini berkaitan dengan kehidupanku pada ketika ini kerana sejak akhir2 ini aku rasa pelik mengapa org ramai memanggil aku dengan gelaran "ustaz" ?? Apakah dengan cara aku berpakaian org menganggap aku adalah seorang ustaz ?? Subhanallah wahai rakan2ku aku masih belum cukup sempurna utk diberikan gelaran tersebut sesungguhnya banyak perkara yg perlu aku memperbaikinya dan banyak ilmu2 yg perlu aku pelajari pada ketika ini . Aku manusia biasa yg merupakan seorang 'abid dan khalifah di muka bumi Allah yg terbentang luas ini , tugasku hanya ingin menyampaikan apa yg perlu aku sampaikan seperti mana Rasulullah saw telah lakukannya iaitu "berdakwah" .

Saya masih perlukan ilmu :)
Alhamdulillah aku bersyukur bila ramai insan2 yg dpt menerima apa yg aku ingin sampaikan satu feedback yg awesome beb :) . Kata2 itu merupakan satu doa jikalau korang nak panggil aku ustaz sekalipun takpe InsyaAllah one day aku bole jadi ape yg antum semua katakan selama ini *cita2 nak jadi motivator* . Apa2 pun aku masih malu dengan gelaran tersebut kerana masih bnyk yg harus aku juangkan utk menjadi apa yg kalian semua katakan selama ini .

Perjalananku masih jauh utk menjadi seperti beliau :) 

Masih jauh lagi perjalananku :)

Sekian Wassalam ~

- Akal , Ilmu , Hati