Sunday 27 May 2012

Budaya Mengenal Islam

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM ...

ASSALAMUALAIKUM . 2minggu cuti sekolah mesti semua suka kan , yelah mana tak nya pergi holiday,melancong & berjalan-sana sini , mesti lah best . Pada yang ckp kurang best cuti 2minggu nih apa kata kita sama-sama baca entry saya hari ni , mana tahu kalau-kalau kita dapat berkongsi cerita & ilmu sama-sama pada masa cuti nih . InsyaALLAH , mudah-mudahan . Baiklah back to the story hari ini . Budaya Mengenal Islam .
    Orang yang ada ilmu sudah pasti akan mengenal Allah S.W.T sebagai pencipta mahluknya , dan ianya sudah pasti berbeza dengan orang yang jahil , paling tidak orang yang beriman akan bertanya siapakah aku ? Siapakah yang menciptakan aku ? Siapakah pula yang menciptakan manusia ? Apakah bumi dan dunia ini tercipta dengan sendirinya ? Maka dengan segala pertanyaan itu , akan pasti manusia itu akan bertemu jawapannya dengan agama Islam .

(a) Islam dari sudut akidah : akan memperteguhkan keyakinan , akan memantapkan kepercayaan manusia bahawa Islam adalah agama daripa program Allah S.W.T khusus bagi mahluk-Nya .

(b)Islam dari sudut ibadah: dengan melakukan ibadah yang diprogramkan olah Allah S.W.T , maka manusia akan rasa lebih kerdil dengan sifat kehambaan , manusia akan rasa lebih dekat dan lebih hampir kepada Tuhannya , manusia akan merasakan bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya .

(c)Islam dari sudut akhlak : dengan adanya akhlak program ciptaan Allah melalui perbuatan Rasul utusan=Nya , maka terpancarlah kehebatan Islam itu , maka lengkaplah Islam itu , terserlah keanggunan Islam itu , terbuktilah kecanggihan progrem ciptaan Allah S.W.T sebagai tuhan yang Maha Berkuasa .


"Sesungguhnya agama yang diredhai Allah s.w.t hanyalah islam"
(Ali-imran : 19)

"Pada hari ini telah ku sempurnakanmu dengan agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu. NikmatKu dan telah kuredhai islam itu telah menjadi agama bagimu"
(Al-Maaidah : 3 )

Sekian saja sampai disini la ye saudara-saudara-Ku sekalian mata ini sudah mengantuk . Jadi sama-sama lah kita kongsi ilmu ya . Harap-harap mana yang bosan-bosan td tuh kalau baca entry nih harap xbosan lah ya .
Wassalam . Selamat malam dan selamat bercuti.

Saturday 26 May 2012

Budaya Cintakan Ilmu





Assalammualaikum , dah lama tidak bersua . sibuk dengan tugasan seharian dan baru sahaja lepas middle exam , Alhamdulillah so far ok . hari ni saya nak share ckit la cerita tentang Budaya Cintakan Ilmu (maklumlah bak kata org putih "sharing is caring" ) . hahaha .

" Ya tuhanku , tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan..." (Toha :114)                 


" Wahai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu : "berlapang-lapanglah dalam majlis , maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kalapangan untukmu . Dan apabila dikatakan "Berdirilah kamu" , maka berdirilah , nescaya Allah akan meninggikan orang-orang  yang beriman di antaramu dan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat . Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan..." (Al-Mujadaalah :11)

Ketahuilah wahai generasi umat Islam bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita seharian . Sama ada ilmu berbentuk duniawi ataupun ukhrawi , maka amalan ilmu didunia akan membentuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi . sebab itulah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W menyatakan dunia itu ladang bagi akhirat , kerana setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk akan menjadi perhitungan kita dengan Allah Rabbul Jalil ke syurga atau neraka .
     Tak kisahlah ilmu itu yang bagaimana , tapi dengan ilmu kita akan mengenal Allah S.W.T sebagai pencipta mahluknya sebagai misalnya , apabila kiita mempelajari ilmu geografi , kita akan bertemu dengan pengkajian mengenai keluasan bumi , berapa banyak keluasan daratan berbanding dengan lautan ,maka kita pasti akan kagum dengan kehebatan Allah S.W.T maka kita ucapkanlah kalimah SUBAHANALLAH , ALLAHUAKBAR (Maha Suci Allah , Allah Maha Besar) .
       Begitu juga dalam ilmu sains , kita akan bertemu dengan istilah bumi dan angkasaraya , maka kita akan memikirkan bahawa hebatnya Allah S.W.T kerana menciptakan bumi dan angkasaraya tanpa ada tiang yang menongkatnya , Rabbunallah menciptakan bumi dan angkasaraya tergantung ! Maka kita ucapkanlah kalimah LAA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH .
        Oleh itu wahai saudara seagama denganku , sebanyak mana ilmu yang kita ada , ketahuilah bahawa ilmu agamalah yang paling penting kerana ia akan menghubungkan terus hubungan manusia dengan pencipta-Nya , bagaimana ya? Ya , melalui ilmu ibadah , ilmu akidah dan ilmu akhlak seperti solat , berdoa serta sebagainya boleh mendekatkan kita kepada Allah Taala .
         Dengan ilmu wahai saudaraku yang budiman , kita akan kenal Allah S.W.T , kita akan kenal Rasulullah S.A.W , kita akan kenal agama Islam yang benar , orang yang berilmu akan rasa rendah dirinya kerana memandangkan ilmu Allah S.W.T yang Maha Luas , orang yang berilmu akan sentiasa mengagungkan Allah S.W.T dalam setiap masa , bibir dan hatinya akan sentiasa menyebut Allah . Allah . Allah .
         Oleh itu wahai saudaraku ,  kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang tersebar luas di muka bumi ini , selagi nadi masih bergerak ,selagi hayat dikandung badan , selagi bumi menongkat langit , selagi ombak masih bergelora dan selagi mana buih-buih ombak di lautan menghempas pantai .

Dan hopefuly kalian semua dapat menyemaikan rasa cinta akan ilmu pengetahuan . ingat bak kata pepatah ilmu itu pelita hidup , jadi marilah kita berkongsi ilmu yang kita ada dan sebarkanlah ilmu itu kepada saudara-saudara seagama dengan kita , moga-moga ia dapat memberi pengetahuan yang lebih luas dan terpirinci kepada kita semua . Ilmu Pemangkin Kehidupan Umat Islam .  InsyaALLAH .

Sekian ~

Wassalam .