Tuesday 31 December 2013

Hieraki Kehidupan Ana 2013

Assalamualaikum, seperti mana yg ana janjikan dlm entri semalam harini ana akan ceritakan kisah rentetan kehidupan ana sepanjang tahun 2013 yg penuh dengan warna-warni suka & duka kehidupan :)


Januari: Bulan januari nih takda bnyk cerita pon maklumlah baru je naik sekolah, bergelar pelajar senior form5 disekolah & tahun nih ana merupakan salah sorang calon SPM 2013 huaa seram sejuk dibuatnya.

Februari:Bulan nih ana starting struggle untuk Formatif Test 1, daripada sini la guru2 akan buat analisa akan prestasi para pelajar sebelum menjelangnya SPM.


Mac: Bulan yg amat menduga kehebatan akal fikiran para pelajar2 dalam menduduki Formatif Test 1 yg telah dilangsungkan. Alhamdulillah bulan nih juga dapat result exam ana just dapat 3A and yg lain2 B and credit and ranking ana dalam sekolah juga meningkat Alhamdulillah target masa ni 5A tapi rezeki itu Allah yg tentukan betol tak.

April: Bulan paling cool and relax haha actually tada relax mana pon sebab SPM semakin lama semakin dekat tapi bulan nih mmg release tenshion jap untuk menempuhi Mid Term Exam. Bulan nih juga ana menyertai perlawanan rugby 15s di SMK USMAN AWANG, sangat puas even penat :)

May: Bulan yg memerlukan struggle yg amat sngt sbb time nih semua dok pulun daripada awal Bab hingga pertengahan Bab.


Jun: Nampak tak gambar kat atas tuh ?? huh bulan yg penuh dugaan+cabara. Bulan ni bulan Mid Term Exam and dalam 4 hari menjawab exam pada hari ke4 ketika pulang dari sekolah ana accident motor berhampiran dgn sekolah ana berpunca drpd kesilapan ana sendiri rasaya,, nasib baik la ramai kwn2 tolong bantu ketika itu darah melimpah-limpah bagai air terjun huhu pegi klinik doctor bg mc 5hari. Bila naik je sekolah ana jwb semula paper yg tertinggal tapi malangnya 1paper ana tak dpt ambil iaitu Pendidikan Islam arghh totally stress. Ana just redha je time tuh :'( . Pada bulan nih juga berlangsungnya sukan tahunan yeayy :) ana masok 2 acara iaitu lontar peluru+rejam lembing and ana jadi ketua kawad kaki rumah sukan huhu comander lagi beb *hee Alhamdulillah ana menang acara lontar peluru :) terubat la juga kekecewaan exam and now still tunggu result mid term huh .


Julai: Bulan yg penuh kekecewaan apabila ana mendapat keputusan yg agak+totally teruk time mid term exam, until ramai guru2 datang mencari ana dan mereka semua tanya soalan yg sama "Syazwan awat result awak menurun mendadak?? awak ada masalah ke?? awk nih kenapa syazwan, awk dah menghancurkan harapan guru2 awak TAU TAKK??" Allahurabbi sesungguhnya aku tidak menyangka perkara seperti ini berlaku keputusan ana amat teruk sekali sehinggakan ranking ana di sekolah jatuh until 70++ *taknak ckp la mmg totally teruk* . Bila guru2 tanya mcm tuh air mata mula bergelinang dikelopak mata & airmata kekecewaan ana mula jatuh serius sampai 2minggu kot ana still terkenangkan hal nih :'(

Ogos: Revenge month oitt hangpa jgn salah faham ana nak balas dendam pasal result mid term ana,, ana dah bertekad utk bangkit dari kemunduran tersebut dalam Trial SPM yg bakal menyusul pada bulan september. Kali ana pulun habis2 dan ana jumpa para murabbi utk memberikan ana tunjuk ajar and tips2.


September: Bermulalah episod Trial SPM huhu Alhamdulillah ana dok tau kenapa ana rasa tenang ketika menjawab sejujurnya ana tak pernah rasa perasaan sepeti ini time exam huh. Bila lepas je exam ana Tawakkal kpd Allah swt .


Oktober: Alhamdulillah syukran Ya Rabb hasil daripada Trial bulan lepas ana dapat 4A iaitu BM,BI,PI and SEJ. Tepat pada sasaran ana and dpt je result balik rumah terus tunjuk kpd ibu ana and my mom speechless+crying ibu ana ckp time tuh "Anakku ini rezeki Allah yg bagi bila kita buat yg terbaik InsyaAllah Allah bg yg terbaik" ibu ana terus memeluk ana & airmata ana jatuh kebahu ibu Allahuakhbar. Ayah pula beri ucapan tahnih+kata2 semangat begitu juga dengan kakak2&sahabat2 ana :')


November: This is The WAR time tibalah masa ana mengambil SPM bermula pada 6nov,,before that ada majlis mhon restu sejujurnya airmata tak henti2 mengalir dari seorang ke seorang murabbi ana menitiskan airmata terima kasih+perpisahan dengan mereka. SPM Alhamdulillah pada mulanya amat gugup+seram sejuk sebelum masuk ke dewan exam but bila time jawab tuh tiba2 ana rasa seperti mana ana rasa ketika perasaan ingin menjawab Trial tempoh hari Allahurabbi ana rasa sungguh bersyukur dengan ketenangan yg Allah beri :)



Desimber: Bulan nih genap 2dis ana telah tamat exam SPM and paper last is my favourite subject iaitu Ekonomi Asas Alhamdulillah sudah selesai akhirnya :). Bulan ni juga ana bersama sahabat baik ana Afifudin Omar kami pergi ke marata-rata tempat utk mencari peluang pekerjaan and finally kami dpt even tempat kerja kami berlainan yg penting kami ingin cari pengalaman kini ana di kedai ayamas area Bandar Baru Uda dekat dgn Mydin manakala sahabat ana di Imano's Cafe di Plaza Angsana :)

Okay selesai sudah rentetan Hieraki kehidupan ana tau tak Hieraki tuh apa?? haha hieraki itu lapisan demi lapisan kehidupan ana la, ana harap kita dapat menyambut tahun baru 2014 ini bukan dengan cara pergi clubbing, merempit, enjoy dan sebagainya ingat islam ada ajar cara2 menyambut tahun baru iaitu buat solat sunat syukur, hajat dan lain2 supaya kita dpt melahirkan sebuah rohani yg suci & secara tidak langsung dpt memperbaiki segala kelemahan diri .

Sekian Wassalam~

Akal , Ilmu , Hati