Sunday 19 January 2014

Cintailah Nabimu

Assalamualaikum sahabat2, fuhh sana fuhh sini serius dah mcm sarang labah2 dah blog ana nih almaklumlah udah lama dok mengupdate rasa rindu kembali bertaut utk berkongsi ilmu bersama antum semua. Alhamdulillah harini Allah memberikan ana kesempatan utk terus hidup dan memperbaiki segala kelemahan diri ini,, ehh tapi sebelum tuh ana nak nyanyi sikit bole. Ehemm ehem...

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habibi salam alaika 
Sollawatullah alaika...

*Hopefully pitching dok lari* so hangpa dah dpt hint ape yg ana nak sampaikan ?? Dibulan kelahiran Muhammad Bin Abdullah iaitu Rasulullah saw ana rasa begitu bangga kerana beliau sanggup berkorban demi umatnya, namun adakah cinta kita kepadanya setebal cinta Baginda kepada kita?? Menjadi persoalan. Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita sewajibnya mencintai Baginda melebihi segala-galanya hatta terhadap diri sendiri .

Suatu hari Umar al-Khattab mengatakan rasa cinta dan kasihnya terhadap Rasulullah saw, namun selepas mendengar Umar mencintai dirinya terdahulu maka Rasulullah saw membetulkannya semua. Kata Nabi SAW, "Tidak demi Allah yg jiwaku ada ditangannya. Sehingga kamu mencintai aku lebih daripada dirimu sendiri." Kemudian Umar pun mengatakan, "Sesungguhnya sekarang engkaulah yang aku cintai lebih daripada diriku sendiri." Lalu Nabi SAW pun berkata, "Sekarang wahai Umar." (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah dengan tegasnya ada mengatakan yg bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang2 yg beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yg sepenuhnya." (surah Al-Ahzab ayat 56).



Brother2 and sister2 susah sangat ke kita nak berselawat ? apakah berselawat itu bermusim ? Sedangkan Nabi sanggup mendoakan kita umat diakhir zaman ini. Allahurabbi, alangkah beruntungnya seseorang yg rajin berselawat dan memiliki akhlak yg terpuji sebagaimana diperturunkan oleh Rasulullah SAW. Kita mesti selarikan antara amalan membaca selawat dengan amalan zahir dan batin yg lain. Wujudnya kepaduan jitu antara kedua-duanya akan menjadi pencetus kepada hidup didunia & akhirat...Ehh masa telah menceburi nih ana ada kerja yg perlu dilaksanakan okaylah moga2 lepas nih dapatlah kita berkongsi segala ilmu ya InsyaAllah doakan ana sihat2 saja ana pun turut sama doakan kesejahteraan antum semua *doakan senjata orang mukmin* :)

Sekian, Ma'assalamah Waillaliqo

Akal , Ilmu , Hati 






Wednesday 1 January 2014

Perihal Azan Kepada Wanita

Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian, harini ana nak bincangkan pasal kaum hawa boleh ke tidak lafaz azan sebab ana pon dpt soalan ini drpd seorang ukhti di facebook ana dia ada tulis kat status dia berkaitan ini dan ana pon ambil keputusan utk huraikan perkara ini lebih terperinci+lanjut untuk beliau dan shabat2 yg ana kasihi sekalian .



Hukum Wanita Melakukan Azan

Hampir keseluruhan ulama dahulu dan sekarang bersepakat bahawa tuntutan azan tidak dikenakan ke atas golongan wanita. Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Al-Majmu’ bahawa tidak sah azan yang umum melainkan oleh seorang lelaki muslim yang berakal, termasuk kanak-kanak yang mumayyiz. Adapun azan yang dilakukan oleh orang kafir dan gila adalah tidak sah kerana mereka bukan ahli ibadah.

Hadis-hadis yang menyebut berkenaan tuntutan azan adalah difahami untuk golongan lelaki sahaja, bukannya golongan wanita. Justeru itu, sekiranya azan tidak disyariatkan ke atas wanita, maka apakah hukumnya jika wanita melaungkan azan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa tidak sah azan seorang wanita untuk jemaah lelaki, sebagaimana tidak sah wanita menjadi imam kepada kaum lelaki. Sekiranya wanita melaungkan azan bagi jemaah lelaki, maka ia berdosa kerana memperelokkan suara dengan tinggi sehingga didengari oleh lelaki yang bukan mahramnya. Azannya itu tidak sah, dan perlu diulang oleh seorang lelaki muslim yang mumayyiz.

Namun , seandainya wanita tersebut melaungkan azan bagi jemaah wanita ataupun untuk solatnya bersendirian, maka mengikut pandangan jumhur, perbuatannya itu adalah elok kerana ia merupakan satu bentuk zikrullah. Wahab bin Kaisan meriwayatkan bahawa Abdullah Ibn Umar ditanya, “Adakah wanita boleh melaungkan azan?” Lalu Ibn Umar naik marah seraya berkata, “Adakah patut saya melarang daripada berzikir kepada Allah?” HR Ibn Abi Syaibah, Jld 1, hal. 203, no. 2328.

Justeru itu, hukum wanita melakukan azan adalah harus sesama mereka, dan sekiranya mereka tidak melakukannya juga tidak mengapa. Hal ini juga dapat diperhatikan pada dua perbuatan yang berbeza oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a. Di dalam kitab Al-Muhalla, Ibnu Hazm merekodkan sebuah riwayat daripada Thawus bahawa Aisyah r.a pernah melakukan azan dan iqamah. Manakala di dalam kitab Al-Inayah ‘ala Al-Hidayah pula merekodkan sebuah riwayat lain daripada Raithah yang menyebut, “Kami pernah berjemaah sesama wanita. Aisyah telah mengimamkan solat kami tanpa azan mahupun iqamah.”


Syarat Azan Bagi Wanita

Imam Al-Haramain, Al-Ghazali, Al-Rafi’i dan Al-Qadhi Husein menyebut bahawa wanita diharuskan melakukan azan dengan syarat tidak menyaringkan suara. Sekiranya mereka mengangkat suara sehingga didengari oleh golongan lelaki yang ajnabi, hukumnya menjadi haram sebagaimana haramnya mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi. Justeru itu, bagi wanita yang ingin melakukan azan, hendaklah direndahkan suara sekadar yang boleh didengari oleh jemaah muslimah yang ada.

Walau bagaimanapun sekiranya dibimbangi timbulnya fitnah, mereka tidak digalakkan azan. Cukuplah dengan melakukan iqamah yang disunatkan bagi mereka untuk menyedarkan para muslimah yang hadir supaya bangkit bagi mendirikan sembahyang kerana pada iqamah tidak dinyaringkan suara seperti azan.

So ana harap ukhti bila ukhti visit blog ana+baca ana harap anti dapat la memahami dengan apa yg ana sampaikan ana nih bukannya Ulama' ana hanya seorang Dai'e yg masih perlu banyak ana perbaiki so apa yg ana dpt tolong dan kongsikan ilmu ana InsyaAllah ana sedia membantu+berkongsi bersama kalian semua ye apae2 hal atau soalan ingin antum kemukan tanyalah di Facebook ana InsyaAllah ana akan huraikan+menjawabnya . Tak tahu ke facebokk ana?? hahaha hangpa just scroll je kebawah kat sebelah kana blog ana ada tertera FB ana :)

Bahan Rujukan:
Kitab Al-Majmu’(Jld 3), oleh Imam Al-Nawawi
Kitab Al-Mughni (Jilid 1), oleh Ibnu Qudamah
Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim (Jilid 1), oleh Dr. Abdul Karim Zaidan
Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Jilid 1), oleh Dr. Wahbah Al-Zuhayli

Sekian Ma'assalamah Wa Ilaliqo'  ~

Akal , Ilmu , Hati