Monday 30 December 2013

Kesungguhan Muslim Memanfaatkan Masa




Assalamualaikum, Harini ana nak bincangkan tajuk berkaitan dengan masa sebelum tuh ana nak nyanyi sikit lagu kumpulan raihan ehemm..ehemm
Demi masa,
Sesungguhnya manusia kerugian,
Melainkan
Yang beriman&beramal soleh...

Okay actually kalau kalian semua nak tahu lirik lagu nih 100% diambil oleh surah al-asr yg bermaksud (demi masa) . Kewajipan yg pertama keatas insan Muslim ialah memelihara waktu sebagaimana ia memelihara hartanya bahkan lebih dari itu, ia hendaklah bersungguh-seungguh mengambil faedah dripada masa iaitu melakukan sesuatu yg bermanfaat utk agama&dunianya dan menyuburkan roh yg material.
   Golongan salaf adalah di kalangan mereka yg paling menghargai masa kerana mereka adalah kalangan org yg paling mengerti nilai waktu.
Hasan al-Basri pernah berkata:"Aku pernah sezaman dengan satu kaum yg sengat menghargai masa mereka lebih daripada kamu yg lebih menghargai dirham&dinar (harta benda) kamu."

Jelaskan disini bahawa mereka memakmurkan masa mereka dengan amalan yg bermanfaat & tidak mengsia-siakan masa.
Umar Abdul Aziz pernah berkata: "Sesungguhnya malam&siang bekerja bersamamu, maka beramallah kamu dengannya." 
Masa adalah ibarat mata pedang. Sekiranya anda tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu. Mereka sentiasa meningkatkan kualiti masa mereka dari satu tahap ke satu tahap yg lebih tinggi. Untuk itu mereka mengatakan: "Sesiapa yg hari-harinya seumpama hari kelmarinnya maka ia telah terpedaya; sesiapa yg harinya lebih tercela daripada semalamnya maka ia akan dilaknat." 

Ibn Mas'ud Radiallahu'anhu mengatakan: "Aku tidak menyesali akan sesuatu lebih dari sesalanku pada suatu hari yg terbenamnya matahari sedangkan ajalku semakin mengurang tetapi amalanku tidak bertambah." Ahli bijaksana ada mengatakan: "Siapa yg harinya berlalu tanpa ia melakukan perkara yg benar, menunaikan kefardhuan, mendirikan pasak kemuliaan atau menghasilkannya, mengasaskan kebajikan, menimba ilmu maka ia telah derhaka kepada harinya atau zalim pada dirinya."

Okay rasanya setakat sini sahaja perkongsian ana ya, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur esok ana akan update entri kisah rentetan perjalanan hidup ana sepanjang tahun 2013 ini. Moga2 kalian dapat ambil kaifiat akan masa ya sebenarnya bnyk lagi kalau nak dihuraikan berkaitan masa tapi masa mencemburi kita lain kali ana update entri berkaitan masa lagi ya.

Sekian Ma'assalamah Wa Ilalliqo' .

Akal , Ilmu , Hati