Wednesday 4 December 2013

Jangan Takut Banjir

Subhanallah musim hujan yg sedang berlarutan tanpa henti telah memberi seribu dugaan buat rakyat di Malaysia terutamanya di Johor , Pahang dan Terengganu . Mereka terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan sehinggakan ada yg panjat ke atas bumbung rumah mereka demi menyelamatkan nyawa . Tapi harini aku mahu mengatakan bahawa kita tidak perlu takut dan gusar akan musibah yg sedang kita alami kerana setiap yg berlaku pasti ada Hikmah disebaliknya .

Nampak bumbung rumah jea kan :'(


Rakan2 bloggers yg saya hormati sekalian tidakkah kita sedar bahawa hujan itu merupakan satu rahmat buat kita di muka bumi Allah S.W.T ini . Tidakkah kita tahu bahawa antara salah satu doa yg paling mustajab ialah ketika Hujan . Justeru berdoalah kalian supaya musibah yg menimpa diri kita ketika ini merupakan satu tanda kasih sayang Allah kepada kita , kita harus sedar bahawa Allah sentiasa bersama hamba2nya di muka bumi ini di setiap saat , detik dan waktu . Keep the oppurtunity utk kita berdating dgn Allah dengan berdoa supaya segala urusan kita dipermudahkan InsyaAllah . Ingatlah bahawa : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya" (surah Al-Baqarah 286) .

Sekian Wassalam :)
- Akal , Ilmu , Hati