Wednesday 1 January 2014

Perihal Azan Kepada Wanita

Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian, harini ana nak bincangkan pasal kaum hawa boleh ke tidak lafaz azan sebab ana pon dpt soalan ini drpd seorang ukhti di facebook ana dia ada tulis kat status dia berkaitan ini dan ana pon ambil keputusan utk huraikan perkara ini lebih terperinci+lanjut untuk beliau dan shabat2 yg ana kasihi sekalian .



Hukum Wanita Melakukan Azan

Hampir keseluruhan ulama dahulu dan sekarang bersepakat bahawa tuntutan azan tidak dikenakan ke atas golongan wanita. Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Al-Majmu’ bahawa tidak sah azan yang umum melainkan oleh seorang lelaki muslim yang berakal, termasuk kanak-kanak yang mumayyiz. Adapun azan yang dilakukan oleh orang kafir dan gila adalah tidak sah kerana mereka bukan ahli ibadah.

Hadis-hadis yang menyebut berkenaan tuntutan azan adalah difahami untuk golongan lelaki sahaja, bukannya golongan wanita. Justeru itu, sekiranya azan tidak disyariatkan ke atas wanita, maka apakah hukumnya jika wanita melaungkan azan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa tidak sah azan seorang wanita untuk jemaah lelaki, sebagaimana tidak sah wanita menjadi imam kepada kaum lelaki. Sekiranya wanita melaungkan azan bagi jemaah lelaki, maka ia berdosa kerana memperelokkan suara dengan tinggi sehingga didengari oleh lelaki yang bukan mahramnya. Azannya itu tidak sah, dan perlu diulang oleh seorang lelaki muslim yang mumayyiz.

Namun , seandainya wanita tersebut melaungkan azan bagi jemaah wanita ataupun untuk solatnya bersendirian, maka mengikut pandangan jumhur, perbuatannya itu adalah elok kerana ia merupakan satu bentuk zikrullah. Wahab bin Kaisan meriwayatkan bahawa Abdullah Ibn Umar ditanya, “Adakah wanita boleh melaungkan azan?” Lalu Ibn Umar naik marah seraya berkata, “Adakah patut saya melarang daripada berzikir kepada Allah?” HR Ibn Abi Syaibah, Jld 1, hal. 203, no. 2328.

Justeru itu, hukum wanita melakukan azan adalah harus sesama mereka, dan sekiranya mereka tidak melakukannya juga tidak mengapa. Hal ini juga dapat diperhatikan pada dua perbuatan yang berbeza oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a. Di dalam kitab Al-Muhalla, Ibnu Hazm merekodkan sebuah riwayat daripada Thawus bahawa Aisyah r.a pernah melakukan azan dan iqamah. Manakala di dalam kitab Al-Inayah ‘ala Al-Hidayah pula merekodkan sebuah riwayat lain daripada Raithah yang menyebut, “Kami pernah berjemaah sesama wanita. Aisyah telah mengimamkan solat kami tanpa azan mahupun iqamah.”


Syarat Azan Bagi Wanita

Imam Al-Haramain, Al-Ghazali, Al-Rafi’i dan Al-Qadhi Husein menyebut bahawa wanita diharuskan melakukan azan dengan syarat tidak menyaringkan suara. Sekiranya mereka mengangkat suara sehingga didengari oleh golongan lelaki yang ajnabi, hukumnya menjadi haram sebagaimana haramnya mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi. Justeru itu, bagi wanita yang ingin melakukan azan, hendaklah direndahkan suara sekadar yang boleh didengari oleh jemaah muslimah yang ada.

Walau bagaimanapun sekiranya dibimbangi timbulnya fitnah, mereka tidak digalakkan azan. Cukuplah dengan melakukan iqamah yang disunatkan bagi mereka untuk menyedarkan para muslimah yang hadir supaya bangkit bagi mendirikan sembahyang kerana pada iqamah tidak dinyaringkan suara seperti azan.

So ana harap ukhti bila ukhti visit blog ana+baca ana harap anti dapat la memahami dengan apa yg ana sampaikan ana nih bukannya Ulama' ana hanya seorang Dai'e yg masih perlu banyak ana perbaiki so apa yg ana dpt tolong dan kongsikan ilmu ana InsyaAllah ana sedia membantu+berkongsi bersama kalian semua ye apae2 hal atau soalan ingin antum kemukan tanyalah di Facebook ana InsyaAllah ana akan huraikan+menjawabnya . Tak tahu ke facebokk ana?? hahaha hangpa just scroll je kebawah kat sebelah kana blog ana ada tertera FB ana :)

Bahan Rujukan:
Kitab Al-Majmu’(Jld 3), oleh Imam Al-Nawawi
Kitab Al-Mughni (Jilid 1), oleh Ibnu Qudamah
Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim (Jilid 1), oleh Dr. Abdul Karim Zaidan
Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Jilid 1), oleh Dr. Wahbah Al-Zuhayli

Sekian Ma'assalamah Wa Ilaliqo'  ~

Akal , Ilmu , Hati