Saturday 7 December 2013

Sedekahkan Senyuman

Assalamualaikum rakan2 semua aku tahu korang semua time2 musim cuti ni mesti sibuk dangan jemputan majlis Walimatulurus kan  ke ada yg sibuk tgh dirikan masjid sekarang nih *hee :) . Fuhh harini perut aku kembong beb pegi 2buah jemputan kahwin Alhamdulillah Barakallah kpd mempelai2 diluar sana ye . Berbalik kepada topik yg ingin disampaikan iaitu senyum atau dlm bahasa jawa smile *hee . Susah sngt ke nak lemparkan senyuman sedangkan senyuman merupakan satu sedekah . Tahukah kita semua dengan senyuman itu akan menimbulkan kemesraan yg berpanjangan sesama manusia , sedekahkanlah senyuman itu kpd hamba2 Allah yg lain agar senyuman yg disedekahkan itu akan menjadi pahala di sisi Rabbul Jalil .

Aww so sweet sedekahnya adik  :) 
Bahkan daripada sifat senyumlah akan lahirnya sifat2 positif yg lain , baka kata lagu kumpulan Raihan dalam nasyid mereka .
Senyum tanda sayang,
Senyum tanda mesra,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyumlah...
ehh cukup2 suara sudaa ke laut china selatan dah nih *hee . Ada banyak faedah daripada kaifiat senyum nih dan terdapat banyak hadis mengenai Rasulullah S.A.W senyum antaranya :

1. Daripada Umar bin al-Khattab r.a dia berkata : "Rasulullah saw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya". (Riwayat ibn Hibban di dalam sohihnya)
2. Daripada Jabir bin Samurah r.a dia berkata : "Rasulullah saw tidak pernah tertawa selain daripada senyuman". (Riwayat oleh Ahmad dan al-Hakim)

Kita sebagai umat Nabi Muhammad saw perlulah mengikut segala bentuk perbuatan yg Rasulullah saw lakukan , memang la tak wajib beb tapi adakah ia berat dan membebankan .... TIDAK!!! Malahan ia memberi banyak faedah kepada kita dan org lain . Namun ada perbezaan diantara senyum dan ketawa , Imam al-Bukhari meriwayatkan didalam Al-Dabul Mufrad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah secara Marfu' , "Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu mematikan hati .




Sekian Ma'assalamah Wa Ilalliqo' .
- Akal , Ilmu , Hati