Monday 12 November 2012

Kelebihan Berhijab


Assalamualaikum bloggers sekalian , selamat tengahari . Alhamdulillah akhirnya kita bertemu lg ye wahai bloggers , hahaha aku rase dah lame kot x update entri nih rindu pulak jari-jemari nih nak menaip hoho . Hari ni aku ade benda nak share ngan korang semua cube korang tengok kat atas tuh . Amacam ?? comel + ayu kan hahaha . Sebab dia nih la sampaikan aku rase hari2 aku nak beli cool blog and nak buat koleksi , sbb dia kan duta cool blog xcaye cube korang beli cool blog then tgok kat ats cawan tuh haha , ceettt ape yg aku merepek nih lari topik lah derrr . Haish ape daa back to the topic , actually aku nak sembang pasal wanita bertudung , sekarang nih ramai perempuan drpd xbetudung --> bertudung . Alhamdulillah satu penghijrahan yg amat baik , tapi yg menjadi persoalannya adakah mereka bertudung sbb nak ikut kwn ? ikut trend ? scara paksaan ? dll , bg aku seorang Muslimah yg sejati dia xkan buat begitu sbb mereka buat ini semua kerana Allah SWT dlm islam sememangnya menyuruh wanita bertudung dan menutup aurat , aurat seorang wanita drpd hujung rambut --> hujung kaki . Kita slalu dgr org bertanya kat ustaz/ustazah "apakah bertudung mengikut trend ini salah ataupun tidak??" jawapannya xsalah selagi x melanggar hukum syarak , asalkan aurat dibahagian lain korang tutup dgn sempurna seperti mana yg telah disuruhkan oleh islam , see cukup simplekan jawapan dia , so kpd kaum hawa diluar sana even kita nak berfesyen nawaitu kita mesti betul kerana segala2nya bergantung kpd kita punya niat . Buatlah sesuatu itu kerana Allah dan diri kita sendiri bkn kerana org lain .

*tumpang lalu enterframe sikit*

Haha , comel kan muka dia sbb tuh la aku jadikan heliza helmi nih sebagai ikon bg wanita2 remaja kat luar sana , aku harap lps nih ade lg perempuan mcm dia yg sentiasa berhijab dan mengamalkan cara hidup berlandaskan syariat islam , bkn sng beb nak jumpa . Tapi aku yakin kat luar sana pon ade jgk org mcm die nih . Ok continue perbincangan tadi , kalo korang nak tahu bnyk kelebihan wanita berhijab nih antaranya :

1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

2. Terhindar dari masalah MAKSIATBanyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

3. Memelihara kecemburuan lelakiSifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)

4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

5. Mencegah penyakit kanser kulitKanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.

6. Melambatkan gejala penuaanBerhijab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.

Subhanallah , korang tgok sungguh besar kelebihannya , Ternyata berhijab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Berhijab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna .

The last but not list , wahhh mcm karangan BI derr . Aku harap korang semua dpt mempertimbangkan ape yg aku share kat korang nih , aku bkn ape aku xnak umat islam terpesong dgn fesyen2 and trend2 masa kini yg boleh menyesatkan remaja2 skrg , as a teenagers aku sampaikan ape yg perlu aku sampaikan kpd korang semua , semoga kita semua dpt manfaat dgn ape yg kita kongsikan ini . Ternyata sungguh besar kebaikan & kelebihan daripada sehelai kain yg menutupi aurat seorang wanita .

Okay , that's all for today guys .

Selamat bercuti ~

Ma'assalamah Wa Ilalliqo' .

Wassalam .
tumpang lalu , jgn lupa tngok rasa halal antarabangsa kat astro oasis
promote sikit