Saturday 14 July 2012

Exam Mood



Assalamualaikum , hari nih bangun pagi2 pukul 6:15 pagi gerak pergi jogging ngan ibu & ayah dkt Hutan Bandar Mutiara Rini serious best sesangat sambil2 dpt hirup udara pagi yg nyaman dikelilingi dgn tumbuh-tumbuhan yg hijau terus hilang stress and segala beban kat kepala nih . Lagipun selasa nih dah start exam (ujian formatif 2) , wow rasa sekejap aje , pejam celik-2 dah nak exam . Persiapan setakat ini baru 50% itu pon masih belum cukup lagi lagi 50% belum prepare lagi huh , dah la 1st exam subjek tough2 wohhoo . Exam kali ini xtau nak target berapa sebab tak terfikir lagi lagipun bnyk benda nak kene buat revision , exercise and bnyk lagi benda nak kene di praktikan , ape pun dugaan dan cabaran yg datang InsyaALLAH aku akan lakukan yang terbaik , bukan senang nak kecapi kejayaan dalam kehidupan nih kalo xde effort mungkin kita xkan dapat .

Buat masa nih subjek yang sangat mengusarkan ialah Prinsip Akaun , seriously memang ini adalah satu bebanan yang harus dipikul dan harap2 dapat jawab paper akaun dengan mudah InsyaALLAH mudah2han . cikgu2 semua sekarang nih masing tengah risau dan bertungkus lumus utk memberikan yg terbaik utk kita org , lihatlah betapa besar-nya pengorbanan seorang pendidik yg tidak pernah mengenal erti jemu . Hanya Allah jelah yg tahu betapa risaunya hatiku ini  , Ya ALLAH please guide me , moga-moga dapat keputusan yg cemerlang and hopefully GPS aku kali ini bertambah baik . Minta2 la time nak jawab paper2 tuh semua hati ini sentiasa dalam keadaan tenang and dapat menjawab soalan2 dengan baik . Hanya satu saja yang kupinta ialah doa daripada ibu & ayah , family , guru-guru dan kalian semua , dengan harapan semoga doa2 ini dapat memberikan semangat utk terus berjuang menjawab kertas2 soalan . INSYAALLAH , Doa is Effort after Tawakkal AMIN .