Sunday 27 May 2012

Budaya Mengenal Islam

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM ...

ASSALAMUALAIKUM . 2minggu cuti sekolah mesti semua suka kan , yelah mana tak nya pergi holiday,melancong & berjalan-sana sini , mesti lah best . Pada yang ckp kurang best cuti 2minggu nih apa kata kita sama-sama baca entry saya hari ni , mana tahu kalau-kalau kita dapat berkongsi cerita & ilmu sama-sama pada masa cuti nih . InsyaALLAH , mudah-mudahan . Baiklah back to the story hari ini . Budaya Mengenal Islam .
    Orang yang ada ilmu sudah pasti akan mengenal Allah S.W.T sebagai pencipta mahluknya , dan ianya sudah pasti berbeza dengan orang yang jahil , paling tidak orang yang beriman akan bertanya siapakah aku ? Siapakah yang menciptakan aku ? Siapakah pula yang menciptakan manusia ? Apakah bumi dan dunia ini tercipta dengan sendirinya ? Maka dengan segala pertanyaan itu , akan pasti manusia itu akan bertemu jawapannya dengan agama Islam .

(a) Islam dari sudut akidah : akan memperteguhkan keyakinan , akan memantapkan kepercayaan manusia bahawa Islam adalah agama daripa program Allah S.W.T khusus bagi mahluk-Nya .

(b)Islam dari sudut ibadah: dengan melakukan ibadah yang diprogramkan olah Allah S.W.T , maka manusia akan rasa lebih kerdil dengan sifat kehambaan , manusia akan rasa lebih dekat dan lebih hampir kepada Tuhannya , manusia akan merasakan bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya .

(c)Islam dari sudut akhlak : dengan adanya akhlak program ciptaan Allah melalui perbuatan Rasul utusan=Nya , maka terpancarlah kehebatan Islam itu , maka lengkaplah Islam itu , terserlah keanggunan Islam itu , terbuktilah kecanggihan progrem ciptaan Allah S.W.T sebagai tuhan yang Maha Berkuasa .


"Sesungguhnya agama yang diredhai Allah s.w.t hanyalah islam"
(Ali-imran : 19)

"Pada hari ini telah ku sempurnakanmu dengan agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu. NikmatKu dan telah kuredhai islam itu telah menjadi agama bagimu"
(Al-Maaidah : 3 )

Sekian saja sampai disini la ye saudara-saudara-Ku sekalian mata ini sudah mengantuk . Jadi sama-sama lah kita kongsi ilmu ya . Harap-harap mana yang bosan-bosan td tuh kalau baca entry nih harap xbosan lah ya .
Wassalam . Selamat malam dan selamat bercuti.